Permulaan hajat membina rumah adalah pada pertengahan September 2015, pada waktu ini pengumpulan maklumat tentang tukang, senarai barang, keperluan perundangan dan proses kerja pembinaan disimpan untuk memudahkan rujukan.
Lokasi tapak dan rumah lama yang akan diupgrade. |
Minggu pertama melibatkan kerja-kerja pemunggahan dan meroboh rumah lama, agak ramai pekerja yang terlibat sehingga 8 orang, minggu ini melibatkan kos yang agak tinggi memandangkan permulaan kerja memerlukan banyak barang dan bahan pembinaan. Faktor cuaca turut mempengaruhi peningkatan kos, antaranya ialah:
- lopak air yang dalam sehingga memaksa penggunaan pam air
- hujan berterusan yang menyebabkan tapak becak
- tambahan batu kerikil kerana laluan ke tapak rosak akibat muatan lori yang berat
- kerosakan paip air ke rumah jiran juga perlu diperbaiki
Antara cabaran lain ialah apabila kenduri kawin jiran pada bulan November,
menyebabkan kerja pembinaan terpaksa dihentikan sementara waktu.
Perbelanjaan dipantau mengikut minggu, proses ini menjadi lebih mudah dengan menggunakan fail Excel.
No comments:
Post a Comment