Pages

Friday, 29 January 2016

Episod: Pasang Atap


Minggu-minggu seterusnya..

Perbelanjaan minggu kedua lebih kepada setup dan pembinaan bangsal. Bentukkan besi dan dawai untuk buat beam.

Setelah lama menanti akhirnya dinding rumah berjaya dibangunkan.
Fasa seterusnya adalah pembinaan atap rumah. Untuk fasa ini melibatkan banyak pembelian kayu.
Belian kayu bagi tujuan atap adalah seperti berikut:

Kayu atap RM9000
Kayu peleh RM2000

Kami memilih untuk menggunakan atap gajah, atau SCG Roman Tiles dari Syarikat AkuBig yang berpejabat di Kuala Ibai. Tujuan menggunakan atap jenis ini adalah untuk menjimatkan penggunaan kayu. Selain itu kami juga menggunakan atap ini kerana ingin mendapatkan kelebihan atap ini iaitu:
         eco-friendly
         tahan
         sejuk dan mudah diselenggara         
Harga yang ditawarkan ialah RM10.80 bagi sekeping atap. Saiz atap ialah 4" x 1.5" dengan ketebalan 6mm.

Kos belian atap dan aksesori adalah seperti berikut:
        atap 500 keping RM5800
        clip  800 unit  
        skrew 90 unit (di beli di kedai hardware FastSteel, Chabang Tiga )
        perabung 50 keping RM
        penutup bucu 3 keping RM
        2 roll pita gam   RM180 x 2

Kekuda atap utama
Kekuda bahagian parking kereta




Carta Gantt proses menyiapkan rumah.

Berikut adalah langkah demi langkah proses membuat rumah seperti yang telah dilakukan oleh tukang rumah kami.






Menambah seri dan mencantikkan rumah

Pada bahagian ini akan menjelaskan kaedah yang digunakan untuk mencantikkan rumah iaitu dengan menambah bendul dan syiling kapur. Terdapat banyak rekabentuk dan corak yang boleh dipilih.

Bendul dihasilkan dari campuran simen dan air dan dibuat menggunakan tangan. Ada yang menggunakan acuan, bergantung kepada corak yang akan dihasilkan. Harga juga adalah pelbagai, RM5 sekaki, RM6 sekaki atau sebagainya.

Berikut adalah contoh bendul dan penghasilannya.









Kami mendapat harga istimewa iaitu RM4 sekaki dan masa pemasangan juga sangat cepat iaitu sehari sahaja dengan tenaga seorang pekerja Indonesia.

Kos untuk syiling kapur, harganya tidaklah terlalu mahal berbanding aksesori yang ingin dimasukkan. Biasanya harga yang ditawarkan ialah RM3 sekaki persegi. Manakala bagi aksesori, contohnya, harga dome ialah RM200 bagi saiz standard dan cornish pula dikira berdasarkan panjang, contohnnya RM7 sekaki. 


Contoh cornish:





Harga yang kami dapat ialah RM2.50 sekaki persegi dan untuk bahagian up-layer dikira RM5 sekaki persegi. Kos cornish pula termasuk sekali dalam kiraan keseluruhan.

Berikut adalah syiling kapur dan cornish yang dipasang pada ruang tamu kami. Setelah tawar menawar kami membayar RM1550 untuk keluasan ruang tamu seluas 350 kaki persegi.




 

Pagar Beranda rumah
Pasang pagar stainless steel pada beranda mengambil masa hampir 1 jam oleh 4 orang pekerja. Harga yang ditawarkan ialah RM38 / kaki persegi. 
Kami memilih design grill yang ringkas sahaja tanpa bunga-bunga iaitu :



Pasang Grill
Pasang grill pula pada harga RM2000 dan 6 set longkang yang boleh dikunci RM50 x 6 = RM300. Design grill yang dipilih sangat ringkas dan mudah.