Kami ingin berkongsi pengalaman yang
dilalui pada minggu lepas.
Perjalanan mula:
Hotel di Putrajaya: Mihrab Hotel
RM148 bilik Superior
Tiada tingkap bilik, tiada makan, tiada
parking, ada internet tetapi terlalu perlahan, tiada almari, dan tiada sehelai tisu
pun. Mungkin inilah definisi hotel budget di Putrajaya. Mungkin ini nasib kami
yang tidak mengkaji betul-betul kemudahan yang disediakan pihak hotel. Satu
lagi pengalaman di hotel ini yang agak mengecewakan ialah, comforter yang basah
tidak diambil dan dibiarkan kering di dalam bilik, permintaan untuk menyapu
lantai juga tidak diendahkan, walhal 2 orang housekeeper lelaki telah datang ke
bilik untuk tugasannya. Semoga ini hanya pengalaman kami sahaja dan tidak
terjadi kepada pelanggan hotel yang lain.
Hotel di Melaka: Euro Rich Hotel
RM80 bilik superior
Ada breakfast, parking, internet
Percutian ke Melaka adalah percutian yang
tidak dirancang, hasrat sebenarnya adalah ke Nilai 3 untuk mencari langsir,
namun keputusan berubah kerana memikirkan Melaka mempunyai lebih banyak tempat
menarik untuk dilawati. Di Melaka, destinasi pertama ialah ke pantai klebang,
mi sup tengkera, museum kapal selam ketiga-tiga destinasi tidak memberi makna,
ini kerana masa yang tidak sesuai. Cuaca
yang panas ketika itu menyebabkan kami hanya melalui pantai tersebut. Mi sup
tengkera pula tutup pada hari khamis dan, muzium kapal selam pula tidak
dijumpai, tiada sebarang papan tanda yang kelihatan. Kami mencari ketiga-tiga
destinasi hanya berpandukan Waze dan peta dari Google.
Perjalanan kami berakhir dengan menuju ke
Zoo Melaka di Ayer Keroh. Kami tiba hampir pukul 11.45 pg. Harga tiket ialah RM15.00 x 2org + GST =
RM35.00.
Melihat haiwan-haiwan liar di zoo ini
mengubat kehampaan kami pada destinasi sebelumnya. Fateh amat teruja melihat
zirafah yang sangat tinggi. Banyak haiwan-haiwan sedang tidur ketika kami
mengunjungi zoo ketika itu.
Zoo ini memang luas, penat juga berjalan
sambil bergilir mendukung anak kami, Fateh yang beratnya hampir 12 kg sehingga ke point terakhir zoo.
No comments:
Post a Comment