Monday, 18 July 2016
Episod: Bazar Ramadhan
Setiap kali bulan Ramadahan bazar Ramadhan adalah tempat yang menjadi kewajipan untuk dikunjungi. Selain untuk mencari lauk pauk berbuka puasa, ia turut menjadi tempat mengenal jenis-jenis makanan yang ada ketikanya bermusim.
Entry ni nak cerita tentang tepung bunga satu jenis makanan dari kelantan. Bahan utama untuk membuat tepung bunga adalah tepung pulut, santan, air dan gula serta minyak untuk menggoreng.
Caranya mudah sahaja iaitu tepung pulut digaul dengan santan (baik guna tangan), apabila likat diuli sehingga boleh dibentuk menjadi bulat leper seperti bentuk puteri mandi. Saiznya agak kecil seperti syiling 20sen.
Kemudian panaskan minyak untuk menggoreng, goreng hasil tepung tadi dengan api yang sederhana, apabila telah agak masak (warna kekuningan) boleh diangkat dan diatur di atas dulang supaya mudah untuk kita taburkan gula di atasnya.
Tepung bunga ini ada dijual di bazaar Syahbandar, namun agak mahal juga :( ... RM2.00 boleh dapat 10 biji yang kecil.

Fateh sakit lagi...minggu lepas selsema seminggu..kemudian kami cuba bagi ubat homeopati dan kunyit je kat fateh..lastly tengok fateh batuk-batuk..batuk kokol macam orang tua ... naik risau kami pn pergi klinik intan.. hari sabtu memang ramai orang...sejam lebih jugak menunggu baru la nama fateh dipanggil. Kami dapat doktor yang sama masa fateh 2 bulan dulu (doc yg buat surat refer to HKT)... lepas diperiksa fateh diberi 3 botol ubat: ubat demam, antibiotik, ubat lelah/batuk. Semuanya RM43.00. Doktor nasihatkan supaya beri fateh aiskrim supaya bengkak tonsil nya beransur baik. Kami bagi juga fateh vitagen sbb dibenarkan doktor.
Subscribe to:
Posts (Atom)