Pengajaran dalam membuat rumah
Selepas 4 bulan lebih berhempas pulas ke hulu ke hilir
mencari barang dan orang yang sesuai untuk menyiapkan rumah, kami mendapat
banyak pengajaran dan pengalaman. Selain mengetahui selok belok membuat rumah
banyak pengetahuan baru yang dipelajari. Oleh itu kami ingin berkongsi
pengalaman supaya dapat menjadi panduan dan juga pengajaran kepada orang lain.
Dalam mencari dan memilih barang banyak sumber yang boleh diperolehi, antaranya: kawan-kawan, tukang, iklan-iklan umum (banner, banting, promosi internet) dan yang terakhir ialah nasib. Untuk mencari semua barang yang diperlukan pada satu tempat dengan harga yang murah dan berbaloi adalah sukar. Manakala ada sesetengah barang yang dipromosi tidak lengkap, contohnya bagi set sink dan mangkuk tandas yang ditawarkan tidak beserta dengan lubang penutup. Pelanggan mesti membelinya secara berasingan.
Sama juga untuk pembelian cat, pelanggan mesti mendapatkan kuantiti yang sebenar supaya boleh menjimatkan kos pembelian. Banyak cat datang dengan kuantiti kecil seperti 5 liter sahaja. Ini kerana menurut penjual trend hari ini ialah pelanggan mahukan warna ruang yang berbeza-beza. Cat dengan warna tertentu dan kuantiti besar (cth 20 liter) perlu ditempah awal, kerana cat tersebut datang terus dari kilang. Menurut penjual kebiasaanya ia mengambil masa 10 hari bekerja untuk tempahan cat.

Bagi tile jumlah mestilah dikira dengan betul, lebih baik
membeli extra dari tidak cukup dan stok habis dikedai. Oleh itu untuk
memastikan jumlah yang mencukupi mestilah berbincang dengan tukang agar teknik
pemasangan tile dapat dipenuhi. Contohnya bagi memasang tile pada tangga
mestilah mengambil kira bahagian tepi dan dinding tangga (bungkus tangga).
Apabila rumah siap barulah kami nampak semua kesilapan dan apa yang tertinggal untuk dimasukkan.
Pertama sekali bagi yang ada anak kecil perlu ambil perhatian pada rekabentuk dan penetapan aksesori. Contohnya
1. Terlalu banyak bendul adalah berisiko kepada anak kecil.
2. Pemegang pintu atau selak yang terlalu rendah boleh menyebabkan anak kecil pandai masuk sendiri contohnya ke tandas dan boleh mengunci diri didalamnya.
3. Perletakan pili air yang rendah juga menyebabkan anak-anak bermain air tanpa kawalan.
Tips dan kaedah dalam menyiapkan rumah

Mengelakkan simen melekat dengan kaedah tabur pasir atau
alas pada lantai simen yang nak dibaiki supaya bancuhan simen yang jatuh tidak
melekat pada lantai.
Mengecat pada rumah baru adalah kerja yang memerlukan
penelitian. Pertama sekali jenis cat mestilah dikenalpasti bagi jenis permukaan
yang akan dicat. Setiap permukaan memerlukan lapisan awalan yang dipanggil
undercoat. Terdapat undercoat yang berbeza untuk kayu dan simen. Kami
menggunakan cat berikut untuk permukaan kayu dan simen.
Proses mengecat adalah antara kerja akhir untuk mencantikkan
sesebuah rumah. Jenama popular yang biasa kita dengar ialah Nippon, Jotun, ICI
dan KCC. Setiap jenis cat mempunyai ciri tersendiri yang telah diset. Sebelum
proses mengecat dimulakan permukaan mestilah terlebih dahulu dibersihkan dan
diratakan. Bagi kayu, kertas pasir akan digunakan untuk menjadikan permukaan
kayu licin dan cantik.
Terdapat pelbagai jenis tile dengan banyak jenama produk.
Ceramic tile atau mozek ada yang diperbuat dari China, Korea, Indonesia dan
Malaysia. Jenama-jenama seperti White Horse, Venus sering kali digunakan
untuk membuat kemasan lantai atau dinding. Pelbagai corak boleh dihasilkan
mengikut kreativiti pemasang tile.
Memasang tile adalah kerja yang agak rumit. Terdapat banyak
kaedah penetapan harga, ada yang mengambil upah pasang secara borong, ada yang
mengambil kiraan berdasarkan ukuran. Permukaan yang bersegi memerlukan masa
yang lebih untuk pemasangan tile.