Pages

Monday, 22 February 2016

Episod : Baiki tablet Samsung

Model: Samsung Tablet 8.0 GT N5100
Color: white
Tahun beli: 2013
Harga: RM1300 (with casing and memory card 8 gig)

Hampir seminggu tablet tidak berfungsi, masalah untuk charge bateri. Dalam minggu pertama simptom nak rosak tu, power macam masuk tapi cepat sangat habis, baru charge 100%, tapi dalam masa 3 jam dan habis. Charge lagi sebab nak guna.
minggu seterusnya dah tak keluar apa, screen hitam je, tekan power button tak de response langsung.

Dalam 2 - 3 hari juga cari kedai di samping buat carian kat internet, tapi hampa. minggu tu kebetulan keluar duit dari Tabung Haji, jadi selepas keluarkan duit tu singgah ada satu kedai aksesori gajet ni. Budak kedai tu cakap boleh baiki bateri tu kat kedai Samsung di Mydin Gong Badak.

Esoknya lepas balik kerja terus pergi Mydin Gong Badak. Selepas 2-3 round duk tanya booth, lastly kami pun jumpa technician yang boleh baiki, Kedai samsung tu la. Hari Ahad hantar, petang Isnin tu terus g ambik lepas budak kedai tu call. terbang RM150.00. Ingat nak tanya la budak yang ada tu, tapi budak tu cakap tak tahu apa-apa, dia hanya nak serahkan tab sahaja. rasa macam dah tak sedap.

Balik rumah try charge, huhu tak masuk-masuk. Hari ni kene pergi semula...
Selepas hampir seminggu, budak kedai Samsung telefon boleh ambik tab, tetapi dukacita kerosakan tidak dapat diperbaiki. Info yang dimaklumkan ialah bukan kerosakan bateri tetapi point untuk input charge yang rosak. Jadi pihak kedai akan ambik bateri baru dan serah semula wang RM150.00..
Huhu sedihnya tab sudah tidak boleh dibaiki.....kne beli yang baru..

Pada kedai yang sama kami beli handphone samsung Galaxy J1 ace, ada 3 pilihan warna: hitam, putih dan biru. warna putih menjadi pilihan kerana nampak macam mahal :)
Harga ialah RM399. tambahan RM10 untuk screen protector kaca.

Handphone yang menjadi pilihan


Tuesday, 16 February 2016

Episod: Berjalan-jalan

Kami ingin berkongsi pengalaman yang dilalui pada minggu lepas. 
Perjalanan mula:

Hotel di Putrajaya: Mihrab Hotel
RM148 bilik Superior
Tiada tingkap bilik, tiada makan, tiada parking, ada internet tetapi terlalu perlahan, tiada almari, dan tiada sehelai tisu pun. Mungkin inilah definisi hotel budget di Putrajaya. Mungkin ini nasib kami yang tidak mengkaji betul-betul kemudahan yang disediakan pihak hotel. Satu lagi pengalaman di hotel ini yang agak mengecewakan ialah, comforter yang basah tidak diambil dan dibiarkan kering di dalam bilik, permintaan untuk menyapu lantai juga tidak diendahkan, walhal 2 orang housekeeper lelaki telah datang ke bilik untuk tugasannya. Semoga ini hanya pengalaman kami sahaja dan tidak terjadi kepada pelanggan hotel yang lain.

Hotel di Melaka: Euro Rich Hotel
RM80 bilik superior
Ada breakfast, parking, internet
Percutian ke Melaka adalah percutian yang tidak dirancang, hasrat sebenarnya adalah ke Nilai 3 untuk mencari langsir, namun keputusan berubah kerana memikirkan Melaka mempunyai lebih banyak tempat menarik untuk dilawati. Di Melaka, destinasi pertama ialah ke pantai klebang, mi sup tengkera, museum kapal selam ketiga-tiga destinasi tidak memberi makna, ini kerana masa yang tidak sesuai.  Cuaca yang panas ketika itu menyebabkan kami hanya melalui pantai tersebut. Mi sup tengkera pula tutup pada hari khamis dan, muzium kapal selam pula tidak dijumpai, tiada sebarang papan tanda yang kelihatan. Kami mencari ketiga-tiga destinasi hanya berpandukan Waze dan peta dari Google.

Perjalanan kami berakhir dengan menuju ke Zoo Melaka di Ayer Keroh. Kami tiba hampir pukul 11.45 pg.  Harga tiket ialah RM15.00 x 2org + GST = RM35.00.
Melihat haiwan-haiwan liar di zoo ini mengubat kehampaan kami pada destinasi sebelumnya. Fateh amat teruja melihat zirafah yang sangat tinggi. Banyak haiwan-haiwan sedang tidur ketika kami mengunjungi zoo ketika itu.

Zoo ini memang luas, penat juga berjalan sambil bergilir mendukung anak kami, Fateh yang beratnya  hampir 12 kg sehingga ke point terakhir zoo.

Monday, 8 February 2016