Monday, 18 July 2016
Episod: Bazar Ramadhan
Setiap kali bulan Ramadahan bazar Ramadhan adalah tempat yang menjadi kewajipan untuk dikunjungi. Selain untuk mencari lauk pauk berbuka puasa, ia turut menjadi tempat mengenal jenis-jenis makanan yang ada ketikanya bermusim.
Entry ni nak cerita tentang tepung bunga satu jenis makanan dari kelantan. Bahan utama untuk membuat tepung bunga adalah tepung pulut, santan, air dan gula serta minyak untuk menggoreng.
Caranya mudah sahaja iaitu tepung pulut digaul dengan santan (baik guna tangan), apabila likat diuli sehingga boleh dibentuk menjadi bulat leper seperti bentuk puteri mandi. Saiznya agak kecil seperti syiling 20sen.
Kemudian panaskan minyak untuk menggoreng, goreng hasil tepung tadi dengan api yang sederhana, apabila telah agak masak (warna kekuningan) boleh diangkat dan diatur di atas dulang supaya mudah untuk kita taburkan gula di atasnya.
Tepung bunga ini ada dijual di bazaar Syahbandar, namun agak mahal juga :( ... RM2.00 boleh dapat 10 biji yang kecil.

Fateh sakit lagi...minggu lepas selsema seminggu..kemudian kami cuba bagi ubat homeopati dan kunyit je kat fateh..lastly tengok fateh batuk-batuk..batuk kokol macam orang tua ... naik risau kami pn pergi klinik intan.. hari sabtu memang ramai orang...sejam lebih jugak menunggu baru la nama fateh dipanggil. Kami dapat doktor yang sama masa fateh 2 bulan dulu (doc yg buat surat refer to HKT)... lepas diperiksa fateh diberi 3 botol ubat: ubat demam, antibiotik, ubat lelah/batuk. Semuanya RM43.00. Doktor nasihatkan supaya beri fateh aiskrim supaya bengkak tonsil nya beransur baik. Kami bagi juga fateh vitagen sbb dibenarkan doktor.
Wednesday, 23 March 2016
Episod: Perhatian apabila membuat buat rumah
Pengajaran dalam membuat rumah
Selepas 4 bulan lebih berhempas pulas ke hulu ke hilir
mencari barang dan orang yang sesuai untuk menyiapkan rumah, kami mendapat
banyak pengajaran dan pengalaman. Selain mengetahui selok belok membuat rumah
banyak pengetahuan baru yang dipelajari. Oleh itu kami ingin berkongsi
pengalaman supaya dapat menjadi panduan dan juga pengajaran kepada orang lain.
Dalam mencari dan memilih barang banyak sumber yang boleh diperolehi, antaranya: kawan-kawan, tukang, iklan-iklan umum (banner, banting, promosi internet) dan yang terakhir ialah nasib. Untuk mencari semua barang yang diperlukan pada satu tempat dengan harga yang murah dan berbaloi adalah sukar. Manakala ada sesetengah barang yang dipromosi tidak lengkap, contohnya bagi set sink dan mangkuk tandas yang ditawarkan tidak beserta dengan lubang penutup. Pelanggan mesti membelinya secara berasingan.
Sama juga untuk pembelian cat, pelanggan mesti mendapatkan kuantiti yang sebenar supaya boleh menjimatkan kos pembelian. Banyak cat datang dengan kuantiti kecil seperti 5 liter sahaja. Ini kerana menurut penjual trend hari ini ialah pelanggan mahukan warna ruang yang berbeza-beza. Cat dengan warna tertentu dan kuantiti besar (cth 20 liter) perlu ditempah awal, kerana cat tersebut datang terus dari kilang. Menurut penjual kebiasaanya ia mengambil masa 10 hari bekerja untuk tempahan cat.

Bagi tile jumlah mestilah dikira dengan betul, lebih baik
membeli extra dari tidak cukup dan stok habis dikedai. Oleh itu untuk
memastikan jumlah yang mencukupi mestilah berbincang dengan tukang agar teknik
pemasangan tile dapat dipenuhi. Contohnya bagi memasang tile pada tangga
mestilah mengambil kira bahagian tepi dan dinding tangga (bungkus tangga).
Apabila rumah siap barulah kami nampak semua kesilapan dan apa yang tertinggal untuk dimasukkan.
Pertama sekali bagi yang ada anak kecil perlu ambil perhatian pada rekabentuk dan penetapan aksesori. Contohnya
1. Terlalu banyak bendul adalah berisiko kepada anak kecil.
2. Pemegang pintu atau selak yang terlalu rendah boleh menyebabkan anak kecil pandai masuk sendiri contohnya ke tandas dan boleh mengunci diri didalamnya.
3. Perletakan pili air yang rendah juga menyebabkan anak-anak bermain air tanpa kawalan.
Tips dan kaedah dalam menyiapkan rumah

Mengelakkan simen melekat dengan kaedah tabur pasir atau
alas pada lantai simen yang nak dibaiki supaya bancuhan simen yang jatuh tidak
melekat pada lantai.
Mengecat pada rumah baru adalah kerja yang memerlukan
penelitian. Pertama sekali jenis cat mestilah dikenalpasti bagi jenis permukaan
yang akan dicat. Setiap permukaan memerlukan lapisan awalan yang dipanggil
undercoat. Terdapat undercoat yang berbeza untuk kayu dan simen. Kami
menggunakan cat berikut untuk permukaan kayu dan simen.
Proses mengecat adalah antara kerja akhir untuk mencantikkan
sesebuah rumah. Jenama popular yang biasa kita dengar ialah Nippon, Jotun, ICI
dan KCC. Setiap jenis cat mempunyai ciri tersendiri yang telah diset. Sebelum
proses mengecat dimulakan permukaan mestilah terlebih dahulu dibersihkan dan
diratakan. Bagi kayu, kertas pasir akan digunakan untuk menjadikan permukaan
kayu licin dan cantik.
Terdapat pelbagai jenis tile dengan banyak jenama produk.
Ceramic tile atau mozek ada yang diperbuat dari China, Korea, Indonesia dan
Malaysia. Jenama-jenama seperti White Horse, Venus sering kali digunakan
untuk membuat kemasan lantai atau dinding. Pelbagai corak boleh dihasilkan
mengikut kreativiti pemasang tile.
Memasang tile adalah kerja yang agak rumit. Terdapat banyak
kaedah penetapan harga, ada yang mengambil upah pasang secara borong, ada yang
mengambil kiraan berdasarkan ukuran. Permukaan yang bersegi memerlukan masa
yang lebih untuk pemasangan tile.
Wednesday, 9 March 2016
Episod : Fateh sakit
Fateh adalah bayi kami yang baru berumur 11 bulan. berat fateh sebanyak 9 kg tidak banyak berubah dari 6 bulan hingga ke 11 bulan. Hanya berlaku pertambahan 2 kg sahaja.
Minggu lepas 3 hari berturut-turut Fateh demam, gusi atas dan bawah bengkak. Pada pagi jumaat Fateh masih boleh bermain dan berjalan-jalan di dalam rumah. Tetapi menginjak petang sahaja Fateh tidak berhenti menangis. Hinggakan kami buntu untuk melayan Fateh. Selepas hampir dua jam barulah fateh tido lena mungkin kerana sudah kepenatan menangis. Malam tersebut Fateh masih merengek mahu didukung saja.

Monday, 22 February 2016
Episod : Baiki tablet Samsung
Model: Samsung Tablet 8.0 GT N5100
Color: white
Tahun beli: 2013
Harga: RM1300 (with casing and memory card 8 gig)
Hampir seminggu tablet tidak berfungsi, masalah untuk charge bateri. Dalam minggu pertama simptom nak rosak tu, power macam masuk tapi cepat sangat habis, baru charge 100%, tapi dalam masa 3 jam dan habis. Charge lagi sebab nak guna.
minggu seterusnya dah tak keluar apa, screen hitam je, tekan power button tak de response langsung.
Dalam 2 - 3 hari juga cari kedai di samping buat carian kat internet, tapi hampa. minggu tu kebetulan keluar duit dari Tabung Haji, jadi selepas keluarkan duit tu singgah ada satu kedai aksesori gajet ni. Budak kedai tu cakap boleh baiki bateri tu kat kedai Samsung di Mydin Gong Badak.
Esoknya lepas balik kerja terus pergi Mydin Gong Badak. Selepas 2-3 round duk tanya booth, lastly kami pun jumpa technician yang boleh baiki, Kedai samsung tu la. Hari Ahad hantar, petang Isnin tu terus g ambik lepas budak kedai tu call. terbang RM150.00. Ingat nak tanya la budak yang ada tu, tapi budak tu cakap tak tahu apa-apa, dia hanya nak serahkan tab sahaja. rasa macam dah tak sedap.
Balik rumah try charge, huhu tak masuk-masuk. Hari ni kene pergi semula...
Selepas hampir seminggu, budak kedai Samsung telefon boleh ambik tab, tetapi dukacita kerosakan tidak dapat diperbaiki. Info yang dimaklumkan ialah bukan kerosakan bateri tetapi point untuk input charge yang rosak. Jadi pihak kedai akan ambik bateri baru dan serah semula wang RM150.00..
Huhu sedihnya tab sudah tidak boleh dibaiki.....kne beli yang baru..
Pada kedai yang sama kami beli handphone samsung Galaxy J1 ace, ada 3 pilihan warna: hitam, putih dan biru. warna putih menjadi pilihan kerana nampak macam mahal :)
Harga ialah RM399. tambahan RM10 untuk screen protector kaca.

Handphone yang menjadi pilihan |
Tuesday, 16 February 2016
Episod: Berjalan-jalan
Kami ingin berkongsi pengalaman yang
dilalui pada minggu lepas.
Perjalanan mula:
Hotel di Putrajaya: Mihrab Hotel
RM148 bilik Superior
Tiada tingkap bilik, tiada makan, tiada
parking, ada internet tetapi terlalu perlahan, tiada almari, dan tiada sehelai tisu
pun. Mungkin inilah definisi hotel budget di Putrajaya. Mungkin ini nasib kami
yang tidak mengkaji betul-betul kemudahan yang disediakan pihak hotel. Satu
lagi pengalaman di hotel ini yang agak mengecewakan ialah, comforter yang basah
tidak diambil dan dibiarkan kering di dalam bilik, permintaan untuk menyapu
lantai juga tidak diendahkan, walhal 2 orang housekeeper lelaki telah datang ke
bilik untuk tugasannya. Semoga ini hanya pengalaman kami sahaja dan tidak
terjadi kepada pelanggan hotel yang lain.
Hotel di Melaka: Euro Rich Hotel
RM80 bilik superior
Ada breakfast, parking, internet
Percutian ke Melaka adalah percutian yang
tidak dirancang, hasrat sebenarnya adalah ke Nilai 3 untuk mencari langsir,
namun keputusan berubah kerana memikirkan Melaka mempunyai lebih banyak tempat
menarik untuk dilawati. Di Melaka, destinasi pertama ialah ke pantai klebang,
mi sup tengkera, museum kapal selam ketiga-tiga destinasi tidak memberi makna,
ini kerana masa yang tidak sesuai. Cuaca
yang panas ketika itu menyebabkan kami hanya melalui pantai tersebut. Mi sup
tengkera pula tutup pada hari khamis dan, muzium kapal selam pula tidak
dijumpai, tiada sebarang papan tanda yang kelihatan. Kami mencari ketiga-tiga
destinasi hanya berpandukan Waze dan peta dari Google.
Perjalanan kami berakhir dengan menuju ke
Zoo Melaka di Ayer Keroh. Kami tiba hampir pukul 11.45 pg. Harga tiket ialah RM15.00 x 2org + GST =
RM35.00.
Melihat haiwan-haiwan liar di zoo ini
mengubat kehampaan kami pada destinasi sebelumnya. Fateh amat teruja melihat
zirafah yang sangat tinggi. Banyak haiwan-haiwan sedang tidur ketika kami
mengunjungi zoo ketika itu.
Zoo ini memang luas, penat juga berjalan
sambil bergilir mendukung anak kami, Fateh yang beratnya hampir 12 kg sehingga ke point terakhir zoo.
Monday, 8 February 2016
Friday, 29 January 2016
Episod: Pasang Atap
Minggu-minggu seterusnya..
Perbelanjaan minggu kedua lebih kepada setup dan pembinaan bangsal. Bentukkan besi dan dawai untuk buat beam.
Setelah lama menanti akhirnya dinding rumah berjaya dibangunkan.
Fasa seterusnya adalah pembinaan atap rumah. Untuk fasa ini melibatkan banyak pembelian kayu.
Belian kayu bagi tujuan atap adalah seperti berikut:
Kayu atap RM9000
Kayu peleh RM2000
Kami memilih untuk menggunakan atap gajah, atau SCG Roman Tiles dari Syarikat AkuBig yang berpejabat di Kuala Ibai. Tujuan menggunakan atap jenis ini adalah untuk menjimatkan penggunaan kayu. Selain itu kami juga menggunakan atap ini kerana ingin mendapatkan kelebihan atap ini iaitu:
eco-friendly
tahan
sejuk dan mudah diselenggara
Harga yang ditawarkan ialah RM10.80 bagi sekeping atap. Saiz atap ialah 4" x 1.5" dengan ketebalan 6mm.
Kos belian atap dan aksesori adalah seperti berikut:
atap 500 keping RM5800
clip 800 unit
skrew 90 unit (di beli di kedai hardware FastSteel, Chabang Tiga )
perabung 50 keping RM
penutup bucu 3 keping RM
2 roll pita gam RM180 x 2
Kekuda atap utama |
Kekuda bahagian parking kereta |
Carta Gantt proses menyiapkan rumah.
Berikut adalah langkah demi langkah proses membuat rumah
seperti yang telah dilakukan oleh tukang rumah kami.
Menambah seri dan mencantikkan rumah
Pada bahagian ini akan menjelaskan kaedah yang digunakan
untuk mencantikkan rumah iaitu dengan menambah bendul dan syiling kapur.
Terdapat banyak rekabentuk dan corak yang boleh dipilih.
Bendul dihasilkan dari campuran simen dan air dan dibuat
menggunakan tangan. Ada yang menggunakan acuan, bergantung kepada corak yang
akan dihasilkan. Harga juga adalah pelbagai, RM5 sekaki, RM6 sekaki atau
sebagainya.
Berikut adalah contoh bendul dan penghasilannya.
Kami mendapat harga istimewa iaitu RM4 sekaki dan masa
pemasangan juga sangat cepat iaitu sehari sahaja dengan tenaga seorang pekerja
Indonesia.
Kos untuk syiling kapur, harganya tidaklah terlalu mahal
berbanding aksesori yang ingin dimasukkan. Biasanya harga yang ditawarkan ialah
RM3 sekaki persegi. Manakala bagi aksesori, contohnya, harga dome ialah RM200
bagi saiz standard dan cornish pula dikira berdasarkan panjang, contohnnya RM7
sekaki.
Contoh cornish:
Harga yang kami dapat ialah RM2.50 sekaki persegi dan untuk
bahagian up-layer dikira RM5 sekaki persegi. Kos cornish pula termasuk sekali
dalam kiraan keseluruhan.
Berikut adalah syiling kapur dan cornish yang dipasang pada
ruang tamu kami. Setelah tawar menawar kami membayar RM1550 untuk keluasan
ruang tamu seluas 350
kaki persegi.
Pagar Beranda rumah
Pasang pagar stainless steel pada beranda
mengambil masa hampir 1 jam oleh 4 orang pekerja. Harga yang ditawarkan ialah
RM38 / kaki persegi.
Kami memilih design grill yang ringkas
sahaja tanpa bunga-bunga iaitu :
Pasang Grill
Pasang grill pula pada harga RM2000
dan 6 set longkang yang boleh dikunci RM50 x 6 = RM300. Design grill yang dipilih sangat ringkas dan mudah.
Subscribe to:
Posts (Atom)